Mari Kenali Komputer
1. CPU (Control Processing Unit)
CPU merupakan unit yang mengawal semua jenis proses yang akan di lakukan oleh
sesuatu komputer. Dalam bahagian inilah terletaknya segala perkakasan komputer
seperti ingatan, CDROM, Mother Board, Pemproses dan sebagainya.
2. MONITOR.
Monitor berbentuk empat segi. Kelihatan seperti sebuah TV pada Komputer
peribadi.
Monitor berfungsi untuk memaparkan semua aktiviti yang di lakukan oleh
komputer. Fungsinya adalah sama seperti TV.
3. KEYBOARD (papan kekunci).
Papan kekunci merupakan satu set kekunci yang mana di atasnya terletak pelbagai
aksara termasuklah huruf A-Z, angka 0-9, dan bermacam-macam kekunci yang lain
lagi. Fungsinya lebih kurang sama seperti sebuah mesin taip, di mana papan
kekunci ini digunakan untuk menaip dan memasukkan data ke dalam komputer.
Papan kekunci mempunyai pelbagai fungsi. Kekunci huruf dan nombor amat biasa
digunakan. Selain itu, pada papan kekunci terdapat beberapa function key (kunci
fungsi) iaitu kekunci yang di mulakan dengan huruf F, seperti F1, F2, F3, F4
dan seterusnya. Kunci-kunci ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.
4. MOUSE (Tetikus)
Tetikus mempunyai banyak kegunaan. Sebelum wujudnya tetikus, papan kekunci
digunakan. Namun setelah wujudnya tetikus, kerja dapat di jalankan dengan lebih
cepat dan effektif. Tetikus dapat memudahkan kerja-kerja yang dijalankan. Di
sini ada disenaraikan beberapa fungsi tetikus.
i. Pointing (Untuk menunjuk.)
Cuba
gerakkan penunjuk tetikus ke mana-mana arah di skrin komputer anda. Anda akan
melihat pergerakkan anak panah dan tunjuklah pada mana-mana bahagian yang anda
inginkan.
ii. Click (Klik)
Cuba gerakkan anak panah
pada skrin paparan anda dan tunjukkan ke ikon My Computer dan cuba klik sekali. Perhatikan apa
yang berlaku. Ikon My Computer tersebut akan bertukar warna. Ataupun, gerakkan
anak panah pada ikon My Computer sekali lagi, dan klik pada bahagian sebelah
kanan butang tetikus. Satu pop menu akan di paparkan. Untuk menghilangkan menu
tersebut, larikan anak panah dari bahagian tersebut dan klik tetikus sebelah
kiri sekali.
Papan kekunci juga boleh digunakan untuk menjalankan proses ini dengan
menggunakan butang Tab. Cuma ianya akan memakan masa.
iii. Double Click (Dua kali Klik)
Dengan menekan tetikus pada bahagian sebelah kiri dua kali, program akan di
buka.