DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

Saturday, December 15, 2012

HAIWAN

Bunyi Haiwan

Sesetengah haiwan boleh mengeluarkan bunyi.

  • Kucing            - mengiau
  • Anjing             - menyalak
  • Ayam jantan   - berkokok
  • Ayam betina   - berketuk
  • Katak             - menguak
  • Ular                - berdesis
  • Itik                  - menguek
  • Kambing        - mengembek
  • Burung          - berkicau
  • Lembu           - melenguh
  • Harimau         - mengaum







                                 

Thursday, December 13, 2012

HAIWAN

Bahagian Tubuh Haiwan 

  •  Kita dapat mengenali haiwan-haiwan berdasarkan bahagian tubuh mereka.
  • Ada haiwan yang mempunyai bahagian tubuh yang sama.
  • Ada haiwan yang mempunyai bahagian tubuh yang berbeza

MANUSIA

Menghargai Bahagian Tubuh Badan

  • Tubuh kita mungkin berbeza tetapi kita tetap istimewa.

  • Hargai setiap bahagian tubuh kita.

  • Terimalah diri kita walau apa pun keadaannya.

  • Kita mesti bersyukur dan menerima  keadaan diri kita.

  • Kita mesti menghormati dan membantu orang yang kurang upaya.

     


HAIWAN

Haiwan

Haiwan di sekeliling kita

Terdapat pelbagai jenis haiwan di alam kita. 

 

 Anjing
Kucing
     
Ayam
Singa
                                                                      

Katak
                                       


Burung
Harimau


Ikan
                                                                                                           
Kuda
Gajah



 
Kambing
Lembu




 
                                                                                                                                                                               
                                                                                         

Tuesday, December 11, 2012

LATIHAN

Latihan (Mari Kenali Komputer)


SUDUT TMK

Mari Kenali Komputer




1. CPU (Control Processing Unit)
CPU merupakan unit yang mengawal semua jenis proses yang akan di lakukan oleh sesuatu komputer. Dalam bahagian inilah terletaknya segala perkakasan komputer seperti ingatan, CDROM, Mother Board, Pemproses dan sebagainya.

2. MONITOR.
Monitor berbentuk empat segi. Kelihatan seperti sebuah TV pada Komputer peribadi.
Monitor berfungsi untuk memaparkan semua aktiviti yang di lakukan oleh komputer. Fungsinya adalah sama seperti TV.

3. KEYBOARD (papan kekunci).
Papan kekunci merupakan satu set kekunci yang mana di atasnya terletak pelbagai aksara termasuklah huruf A-Z, angka 0-9, dan bermacam-macam kekunci yang lain lagi. Fungsinya lebih kurang sama seperti sebuah mesin taip, di mana papan kekunci ini digunakan untuk menaip dan memasukkan data ke dalam komputer.
Papan kekunci mempunyai pelbagai fungsi. Kekunci huruf dan nombor amat biasa digunakan. Selain itu, pada papan kekunci terdapat beberapa function key (kunci fungsi) iaitu kekunci yang di mulakan dengan huruf F, seperti F1, F2, F3, F4 dan seterusnya. Kunci-kunci ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.

4. MOUSE (Tetikus)
Tetikus mempunyai banyak kegunaan. Sebelum wujudnya tetikus, papan kekunci digunakan. Namun setelah wujudnya tetikus, kerja dapat di jalankan dengan lebih cepat dan effektif. Tetikus dapat memudahkan kerja-kerja yang dijalankan. Di sini ada disenaraikan beberapa fungsi tetikus.

i. Pointing (Untuk menunjuk.)
Cuba gerakkan penunjuk tetikus ke mana-mana arah di skrin komputer anda. Anda akan melihat pergerakkan anak panah dan tunjuklah pada mana-mana bahagian yang anda inginkan.

ii. Click (Klik)
Cuba gerakkan anak panah pada skrin paparan anda dan tunjukkan ke ikon My Computer dan cuba klik sekali. Perhatikan apa yang berlaku. Ikon My Computer tersebut akan bertukar warna. Ataupun, gerakkan anak panah pada ikon My Computer sekali lagi, dan klik pada bahagian sebelah kanan butang tetikus. Satu pop menu akan di paparkan. Untuk menghilangkan menu tersebut, larikan anak panah dari bahagian tersebut dan klik tetikus sebelah kiri sekali.
Papan kekunci juga boleh digunakan untuk menjalankan proses ini dengan menggunakan butang Tab. Cuma ianya akan memakan masa.

iii. Double Click (Dua kali Klik)
Dengan menekan tetikus pada bahagian sebelah kiri dua kali, program akan di buka.

LATIHAN

Latihan (Manusia)

A.Bulatkan nama bahagian tubuh kita.

 




















B. Namakan bahagian tubuh berikut.

Wednesday, December 5, 2012

MANUSIA

Lagu Tubuhku dan Gunanya

Saya melihat warna dengan mata (MATA),

Saya mendengar bunyi dengan telinga (TELINGA),

Saya berasa manis, gunakan lidah saya,

Saya menghidu guna hidung pula.

Kalau saya memegang dengan tangan (TANGAN),

Kalau saya berlari dengan kaki (KAKI),

Kalau saya nak makan, gunakan mulut saya, 

Kalau saya dah tahu sebut semua.

(MATA, TELINGA, LIDAH, HIDUNG, TANGAN, KAKI, MULUT)

( Ikut melodi lagu ' Kalau Saya Gembira')

 

http://www.dbp.gov.my//lamandbp

Tuesday, December 4, 2012

MANUSIA

Bahagian dan fungsi tubuh manusia

 

Tubuh kita dapat membuat pelbagai tugas. 

  • Tubuh manusia terdiri daripada bahagia-bahagian yang mempunyai fungsi yang tersendiri.

  • kita menggunakan

    • mata untuk melihat

    • telinga untuk mendengar

    • hidung untuk menghidu

    • mulut untuk makan, bercakap dan menyanyi

    • lidah untuk merasa

    • gigi untuk menggigit dan mengunyah makanan

    • tangan untuk menyentuh dan memegang benda

    • kaki untuk berdiri, berjalan dan berlari

     

     

Thursday, November 8, 2012

CIRI-CIRI BENDA HIDUP

Memerlukan air dan makanan untuk hidup

  • air ialah elemen untuk meneruskan hidup 









Mermerlukan udara untuk bernafas

  • terdapat haiwan yang menggunakan paru-paru, ada yang menggunakan kulit, ada yang menggunakan insang dan lain-lain
  • manusia tidak boleh bernafas di dalam air 



 Boleh bergerak

  • haiwan perlu bergerak untuk mencari makanan, air, habitat dan pasangan 







Boleh membesar

  • saiz dan ketinggian merupakan ukuran yang menunjukkan benda hidup membesar 





Boleh membiak 

  • terdapat dua cara haiwan membiak, iaitu melahirkan anak dan bertelur
  • tumbuhan menggunakan benih, daun, batang dan lain-lain untuk membiak 




Thursday, November 1, 2012

Benda Hidup Dan Benda Bukan Hidup

Alam kita terdiri daripada benda hidup dan benda bukan hidup.


Benda Hidup 

Benda hidup ialah benda yang bernyawa. Benda hidup termasuk manusia, haiwan dan tumbuhan.


Manusia















Haiwan

 






Tumbuhan